Tuesday, May 17, 2011

TOK BALI Pusat Pelancongan & Pendaratan Ikan






ini cerita lama..baru nak share...
Entry ini megenai lokasi menarik di Kelatey kito.Tok Bali dahulunya merupakan sebuah pusat Pendaratan Perikanan yang terbesar di semenanjung Pantai Timur. Terminal ini mengandungi jeti pendaratan, gerai jualan ikan, gerai jualan sayur serta ruang pejabat yang kesemuanya terletak di kawasan seluas lapan hektar.
pada musim cuti sekolah ini sudah tentu banyak majlis perkahwinan yang berlangsung...begitu juga dengan sy sempat juga menjengah ke majlis perkahwinan kawan yang berlangsung di Tok Bali kelantan...Pelamin dia cantik..jom tgk jap...

Cantik kan Pelaminnya..ini juga seni yer..kreativiti
Sesudah pulang dari majlis sy sempat menyinggah d terminal pendaratan ikan Tok Bali.  pengalaman ini sangat berharga dapat melihat para nelayan yang baru tiba di daratan untuk memungah ikan yang segar untuk di edarkan kepada para pemborong ikan atau dikenali sebagai` tok peraih` dalam loghat kelantan.  Bertong-tong ikan di naikkan di daratan dan ikan itu akan diasingkan terlebih dahulu mengikut saiz. Di sana juga dapat melihat bahawa dari laut punca pendapatan utama penduduk kawasan Tok Bali.... Ibu dan anak-anak nelayan juga ramai yang menunggu di terminal untuk menyambut kepuangan ayahnda mereka dari laut. d situ juga ramai pelancong yang datang untuk melihat sendiri para nelayan yang tiba di pengkalan.
Ikan segar mari-mari

Makcik bertopi sedang sabar menunggu ikan sampai untuk di asingkan mengikut size

Ramaikan.sangat meriah pada petang itu...
 Lokasi yang terakhir y  ialah di villa daniala Tok Bali...memang tempat ini sangat indah menarik dan romantik...harganya juga sangat mahal.resort ini sangat Privacy...Jom tengok
biru airnya
akademi Nik Rashiddin` pengukir ukiran kayu`




Angin sepoi sepoi meniup langsir putih d resort itu..Sunyi je
arhhhhhh sungguh nyaman..kolam berhadapan dengan laut..teruja..abaikan yang berbaju merah itu :)

1 comment: